Berdasarkan laporan Bancian Penduduk Tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia terdapat lebih 5.56 juta lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas masih belum berkahwin di seluruh Negara (Sinar Harian/1 Mac 2020).
Sehubungan dengan itu kami rasa terpanggil untuk menyumbang kearah mengurangkan kadar warganegara yang berstatus bujang khususnya di Malaysia. Oleh yang demikian kami dengan ini telah menyediakan satu platform kepada warganegara yang berstatus bujang, duda, balu atau telah pun berpisah dengan pasangan masing-masing di Malaysia, Brunei, dan Singapore untuk menyertai Lestaricinta.My iaitu platform Cari Jodoh Muslim Secara Atas Talian yang berkonsepkan Patuh Syariah. Diharapkan platform ini mampu menyediakan alternatif kepada mereka yang masih mecari-cari pasangan hidup mereka yang diimpikan.