Seorang muslim yang berwarganegara Malaysia, Brunei dan Singapore yang berumur 18 tahun dan ke atas serta mestilah berstatus bujang, duda, balu atau telah pun berpisah dengan pasangan hidupnya dan benar-benar serius dan ikhlas untuk mencari pasangan hidup yang ideal.
Nama pengguna mestilah hanya satu perkataan yang mengandungi sekurang-kurangnya 6 aksara dan tanpa jarak atau space (contoh: nurkasih atau bujanglapuk88).
Ini disebabkan liputan rangkain telefon bimbit anda tergendala di lokasi anda tersebut pada masa itu atau mungkin atas lain-lain sebab. Oleh itu anda dinasihatkan supaya tidak meneruskan proses pendaftaran tersebut buat sementara waktu sehingga liputan rangkaian telefon bimbit anda tersebut dipulihkan kembali.
Sila klik "EMEL YANG ANDA DAFAR TIDAK SAH?" dan ikuti arahan selanjutnya.
Sila klik "TERLUPA KATA LALUAN" dan ikuti arahan selanjutnya.
Sila mulakan kembali proses daftar masuk di halaman "Sudah Mempunyai Akaun?". Lengkapkan kembali alamat emel dan telefon bimbit berdaftar dan kata laluan sementara yang telah pun dihantar ke alamat emel berdaftar anda dan klik "DAFTAR MASUK".
Anda perlu bersedia dengan dokumen dan maklumat seperti kad pengenalan warganegara berwarna (atau Lesen Memandu Berwarna Terkini), nombor telefon bimbit, alamat emel, Foto Profil berwarna dan pengisytiharan Maklumat Diri anda dalam Surat Akuan.
Tidak sama sekali. Maklumat sulit seperti yang anda sebutkan itu tidak sama sekali boleh diakses oleh mana-mana Ahli Berdaftar. Ianya hanya untuk simpanan dan rekod sulit kami dan hanya semata-mata untuk rujukan pihak agensi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia sekiranya ada berlaku pertikaian dan perlanggaran mana-mana Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web kami oleh mana-mana Ahli Berdaftar.
Selepas pendaftaran keahlian anda telah pun diluluskan dan jika anda ingin meningkatkan Profil Skor anda, anda perlu memuat naik maksima 4 keping Foto berwarna bersaiz standard untuk dipamirkan di Galeri Foto Privasi anda. Namun begitu, hanya Ahli Berdaftar tertentu yang anda izinkan sahaja boleh mengakses Foto Privasi anda tersebut.
Ya. Kami terpaksa mengenakan sedikit yuran yang amat berpatutan hanya kepada Ahli Premium bagi menampung kos operasi bulanan perniagaan kami yang tinggi di antara lain termasuk sewa pejabat, penyelenggaraan peralatan pejabat, peralatan teknologi dan maklumat, perabut dan premis, gaji pekerja, langganan hosting laman web, langganan perisian ICT berkaitan, bil internet, bil utiliti, kos pemasaran serta promosi dan lain-lain kos yang berkaitan yang perlu kami tanggung.
Termasuk antara lain maklumat profil diri, personaliti diri dan jenis personaliti anda. Namun begitu, maklumat sulit anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat penuh, nombor telefon bimbit dan alamat emel anda tidak akan sama sekali boleh diakses oleh mana-mana Ahli Berdaftar.
Kami tidak bertanggung-jawab ke atas kesahihan maklumat yang dikongsikan oleh mana-mana Ahli Berdaftar. Namun begitu kami telah mensyaratkan setiap pemohon yang ingin menjadi Ahli Berdaftar di Portal ini mesti membuat pengisytiharan dalam Surat Akuan semasa proses pendaftaran keahliannya yang antara lain memastikan apa-apa maklumat yang dikongsikan di Portal ini adalah benar dan boleh dipercayai. Disamping itu, semua pemohon diwajibkan memuat naik Kad Pengenalan Warganegara berwarna dan Foto Profil mereka semasa proses permohonan keahliannya untuk pengesahan oleh pihak Pentadbir Portal.
Profil Skor itu adalah tahap peratusan pematuhan setiap Ahli Berdaftar dalam melengkapkan maklumat dan dokumen yang dikehendaki daripada setiap Ahli Berdaftar. Semakin tinggi tahap peratusan Profil Skor Ahli Berdafar tersebut akan mencerminkan semakin tinggi tahap keseriusan Ahli Berdaftar tersebut untuk mencari pasangan hidup beliau. Anda disarankan untuk lebih berinteraksi dengan mana-mana Ahli Berdaftar yang telah pun mencapai tahap Profil Skor 100% kerana mereka ini adalah golongan yang benar-benar serius untuk mencari pasangan hidup mereka.
Apabila permohonan keahlian anda telah pun diluluskan anda akan dikategorikan sebagai seorang Ahli Berdaftar. Ahli Berdaftar ini kemudiannya akan dikategorikan kepada Ahli Berdaftar Biasa (Ahli Biasa) dan Ahli Berdaftar Premium (Ahli Premium).
Ahli Biasa adalah mana-mana Ahli Berdaftar yang masih belum melanggani mana-mana Pakej Keahlian Premium. Manakala Ahli Premium adalah mana-mana Ahli Berdaftar yang telah pun melanggani mana-mana Pakej Keahlian Premium.
Ya. Mana-mana Ahli Biasa dibenarkan untuk mengakses Carian Pasangan tanpa had setelah beliau melengkapkan maklumat dan dokumen tertentu yang telah disyaratkan (mestilah telah pun melengkapkan sekurang-kurangnya Surat Akuan dan NRIC, Foto Profil, Profil Diri, Profil Personaliti, Kriteria Calon Idaman dan Ujian Personaliti).
Ahli Biasa dibenarkan untuk menghantar mesej secara percuma terhad kepada limit mesej harian dan hanya kepada mana-mana Ahli Biasa (Ahli Berdaftar Biasa) dan bukan kepada Ahli Premium (Ahli Berdaftar Premium).
Ahli Biasa dibenarkan untuk menghantar beberapa mesej secara percuma setiap hari hanya kepada Ahli Biasa dan bukan kepada Ahli Premium.
Ahli Biasa tersebut boleh menambah unit Kredit Premium dengan cara membelinya. Atau Ahli Biasa tersebut boleh menaik taraf keahliannya kepada Ahli Premium dengan melanggani mana-mana Pakej Keahlian Premium.
Sebabnya anda adalah seorang Ahli Biasa. Empat (4) halaman tersebut hanya boleh diakses oleh mana-mana Ahli Premium sahaja.
Aktiviti Carian Pasangan dan mesej anda akan disekat buat sementara waktu sehingga Profil Foto anda telah pun disahkan kembali oleh Pentadbir Portal yang kebiasaannya mengambil masa sehingga 3 hari berkerja atau lebih.
Anda masih belum mengemaskini Maklumat Diri anda dengan selengkapnya. Sila pastikan setiap soalan mesti dijawab dan pastikan juga Profil Skor bagi setiap halaman tersebut mestilah telah pun menunjukkan 100%.
Kredit Premium adalah saluran privasi yang membolehkan Ahli Biasa menghantar mesej kepada mana-mana Ahli Berdaftar (Ahli Biasa atau Premium) dan bagi Ahli Premium menghantar mesej kepada mana-mana Ahli Biasa untuk tempoh 1 bulan.
Ahli Biasa perlu menebus 1 Kredit Premium untuk aktiviti mesej kepada setiap Ahli Biasa atau Ahli Premium untuk tempoh 1 bulan. Manakala Ahli Premium perlu juga menebus 1 Kredit Premium untuk aktiviit mesej hanya kepada setiap Ahli Biasa untuk tempoh 1 bulan.
Ahli Premium dibenarkan untuk menghantar mesej tanpa had hanya kepada Semua Ahli Premium. Jika Ahli Premium berhasrat ingin menghantar mesej kepada mana-mana Ahli Biasa beliau perlu menebus 1 Kredit Premium bagi setiap Ahli Biasa bagi tempoh 1 bulan.
Anda masih boleh meneruskan aktiviti mesej anda tersebut dengan menebus 1 lagi Kredit Premium anda untuk tempoh tambahan selama 1 bulan lagi. Jika sebaliknya, aktiviti mesej anda dengan Ahli Berdaftar tersebut akan tamat secara automatik.
Kredit Premium tidak mempunyai tarikh luput. Namun begitu setiap Kredit Premium hanya boleh ditebus untuk menghantar mesej bagi tempoh 1 bulan sahaja.
Pakej Keahlian Premium adalah pakej berbayar untuk Ahli Biasa menaik taraf keahliannya dari Ahli Biasa kepada Ahli Premium dengan melanggan mana-mana Pakej Keahlian Premium yang berkala yang membolehkan beliau menghantar dan menerima mesej tanpa had kepada mana-mana Ahli Premium dalam tempoh pakej tersebut.
Terdapat 3 jenis Pakej Keahlian Premium ditawarkan oleh Portal ini iaitu Pakej Perak (untuk tempoh 3 bulan), Pakej Emas (untuk tempoh 6 bulan) dan Pakej Platinum (untuk tempoh 1 tahun).
Ahli Premium dibenarkan untuk menghantar mesej tanpa had hanya kepada semua Ahli Premium (Ahli Berdaftar Premium) sahaja. Beliau masih memerlukan Kredit Premium untuk menghantar mesej kepada mana-mana Ahli Biasa (Ahli Berdaftar Biasa). Semasa Ahli Biasa melanggani mana-mana Pakej Keahlian Premium tersebut, beberapa Kredit Premium telah pun dibekalkan bersamanya. Ahli Premium juga boleh menambah Kredit Premium tersebut dengan membelinya.
Kami menyarankan Ahli Premium berinteraksi hanya dengan semua Ahli Premium lain. Kebiasaannya Ahli Biasa ini masih kurang serius untuk mencari pasangan hidup mereka. Sehubungan itu anda mungkin sukar untuk mencari pasangan hidup yang serius di dalam kumpulan ini.
Kami menyediakan kaedah bayaran melalui perbankan internet, debit dan kredit kad.
Tidak. Anda dikehendaki memperbaharuinya sendiri apabila keahlian premium anda telah pun luput. Namun begitu portal kami akan menghantar peringatan kepada anda untuk memperbaharuinya apabila keahlian premium anda hampir luput dan setelah ianya luput.
Sekiranya anda tidak memperbaharui keahlian premium anda selepas tarikh ianya luput keahlian anda secara automatik dikategorikan kembali sebagai Ahli Biasa.
Anda boleh memperbaharuinya pada bila-bila masa dan tarikh kuatkuasa pembaharuan keahlian premium tersebut akan hanya bermula selepas tarikh luput keahlian premium sedia ada. Ianya bukan berkuatkuasa dari tarikh bayaran pembaharuan tersebut dibuat. Oleh itu tiada kerugian yang akan dialami sekiranya anda bercadang untuk memperbaharui keahlian anda pada bila-bila masa sebelum tarikh ianya luput.
Pakej Keahlian Premium adalah pakej keahlian berbayar samada untuk tempoh 3 bulan (Pakej Perak), 6 bulan (Pakej Emas) dan 12 bulan (Pakej Platinum). Dengan melanggan mana-mana pakej tersebut anda dibenarkan untuk mengakses kesemua halaman tanpa sekatan dan menghantar mesej tanpa had kepada mana-mana Ahli Premium dalam tempoh pakej tersebut. Manakala pakej Kredit Premium adalah pembelian kredit saluran privasi yang membolehkan Ahli Biasa menghantar mesej kepada mana-mana Ahli Berdaftar (Ahli Biasa atau Premium) dan bagi Ahli Premium untuk menghantar mesej kepada mana-mana Ahli Biasa untuk tempoh 1 bulan bagi setiap 1 Kredit Premium.
Hanya Ahli Berdaftar yang telah memulakan penghantaran mesej tersebut sahaja perlu menebus 1 Kredit Premium untuk tempoh 1 bulan. Manakala penerima mesej tidak perlu menebus atau menolak sebarang Kredit Premium beliau.
Anda hanya dibenarkan untuk mengemaskini Foto Profil dan Foto Privasi anda hanya setiap 2 bulan.
Di Foto dalam Profil setiap Ahli Berdaftar ada tanda kecil berbentuk bulat yang berwarna samada merah (Offline), kuning (Senyap) atau hijau (Online).
Kenalan anda di Laman Web Lestaricinta.My ini dikelasifikasikan kepada tiga (3) kategori iaitu Kenalan Biasa, Kenalan Pilihan dan Calon Idaman.
Kenalan Biasa dirujuk kepada mana-mana Ahli Berdaftar yang masih belum anda pilih sebagai Kenalan Pilihan anda di dalam profil keahlian anda. Kenalan Pilihan dirujuk kepada mana-mana Ahli Berdaftar yang telah pun anda pilih sebagai Kenalan Pilihan anda. Manakala Calon Idaman pula dirujuk kepada mana-mana Kenalan Pilihan anda yang anda telah pilih dan telah pun memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh kami.
Anda hanya perlu klik butang berbentuk bintang di profil mana-mana Ahli Berdaftar yang anda suka.
Anda tidak dibenarkan untuk menukar kembali status Kenalan Pilihan tersebut kepada Kenalan Biasa.
Anda boleh menyekat beliau dari terus menghantar mesej kepada anda dengan klik butang Sekat di profil Ahli Berdaftar tersebut.
Anda telah pun memilih Ahli Berdaftar tersebut sebagai Kenalan Pilihan anda selama enam puluh (60) hari atau lebih. Anda juga dikehendaki telah pun menghantar sekurang-kurangnya seratus (100) kali mesej kepada Kenalan Pilihan tersebut dan anda juga dikehendaki telah pun menerima sekurang-kurangnya seratus (100) kali mesej daripada Kenalan Pilihan tersebut.
Kategori Calon Idaman itu amat bermakna kepada mereka yang benar-benar serius untuk mencari pasangan hidup. Anda hanya disarankan untuk memilih bakal pasangan hidup anda dari kalangan mereka yang telah pun mencapai status Calon Idaman anda. Ini adalah kerana anda telah pun sekurang-kurangnya berinteraksi dengan mereka ini tidak kurang dari 60 hari serta telah pun menghantar tidak kurang 100 mesej dan telah pun menerima tidak kurang 100 mesej kepada atau daripada mereka ini. Ini bermakna anda telah pun sedikit sebanyak mengenali hati budi mereka ini.
Portal Lestaricinta.My berkonsep Patuh Syariah. Sehubungan dengan itu kami bertanggugjawab untuk memelihara keharmonian, keselamatan dan privasi semua Ahli Berdaftar di Portal kami sedaya upaya yang kami mampu. Dengan mengenakan syarat-syarat tersebut kami berharap anda dan Calon Idaman anda tersebut telah pun dapat sedikit sebanyak mengenali hati budi masing-masing. Sehubungan dengan itu kami rasa sedikit selesa untuk mengizinkan anda dan Calon Idaman anda tersebut untuk saling berkongsi Maklumat Kontak dan sebagainya tertakluk kepada persetujuan diantara anda dan Calon Idaman anda tersebut.
Portal ini adalah platform untuk mereka yang benar-benar serius untuk mencari pasangan hidup yang ideal dan bukannya untuk mereka yang hanya ingin mencari kenalan sosial. Sebagai sebuah Portal yang berkonsepkan syariah kami mengambil tanggungjawab setakat termampu untuk memelihara keharmonian dan privasi mana-mana Ahli Berdaftar yang benar-benar serius dalam pencarian pasangan hidup mereka. Diharapkan dengan syarat yang sedemikian rupa sekurang-kurangnya dapat mengurangkan pendedahan mana-mana Ahli Berdaftar dari terjebat kepada SCAMMER, SPAM dan sebarang gangguan.
Anda telah menetapkan Kriteria Calon Idaman anda secara amat terperinci. Dengan itu tidak ada profil Ahli Berdaftar yang sepadan dengan tetapan Kriteria Calon Idaman anda tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk lebih fleksibel dengan banyakkan pilihan "Tidak Penting" di tetapan Kriteria Calon Idaman anda supaya ianya dapat meningkatkan senarai padanan Calon Idaman anda tersebut.
Anda perlu memohon untuk mengakses Galeri Foto Privasi Ahli Berdaftar lain di bahagian Galeri Foto Privasi di halaman Maklumat Diri Ahli Berdaftar berkenaan.
Anda tidak diizinkan sama sekali meminta atau menyalurkan nombor telefon atau apa-apa kaedah Maklumat Kontak kepada selain dari Calon Idaman anda. Syarat-syarat ini ditetapkan adalah untuk memelihara mana-mana Ahli Berdaftar di Portal ini dari terjebat dengan ancaman “Love Scammer” atau dengan mana-mana penjenayah siber.
Ia merujuk kepada sekumpulan dari Ahli Premuim yang benar-benar serius untuk mencari pasangan hidup mereka. Di antara syarat untuk kategorikan sebagai ahli di Kelab Ahli Serius, Ahli Premium tersebut mestilah telah pun mencapai sekurang-kurangnya Profil Skor 95% dan juga telah pun melengkapkan maklumat di ruangan Maklumat Tambahan.
Anda dikehendaki melengkapkan kesemua Maklumat Diri Anda (termasuk memuat naik minima 2 Foto Privasi) dan anda mestilah Ahli Premium (telah pun melanggan mana-mana Pakej Keahlian Premium).
Anda telah pun melanggar salah satu dari Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web ini dan dengan itu kami berhak menamatkan keahlian anda dengan serta-merta tanpa memerlukan pemberian notis terlebih dahulu kepada anda dan yuran keahlian premium anda (jika ada dan belum luput) tidak akan dikembalikan.
Anda tidak dibenarkan mematuhi kehendaknya dan anda harus membuat aduan secepat mungkin dengan cara klik butang Aduan di Profil Ahli Berdaftar tersebut untuk kami memantau dan mengambil tindakan susulan terhadap Ahli Berdaftar tersebut. Jika anda masih menyalurkan juga Maklumat Kontak kepada Ahli Berdaftar tersebut yang masih bukan Calon Idaman anda, anda juga telah pun melakukan perlanggaran ke atas salah satu dari Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web ini dan kami berhak menamatkan keahlian anda dengan serta-merta tanpa memerlukan pemberian notis terlebih dahulu kepada anda. Dengan itu yuran keahlian premium anda (jika ada dan belum luput) tidak akan dikembalikan.
Anda hendaklah dengan seberapa segera membuat aduan ke Pentadbir Portal dengan menekan butang Aduan di profil Ahli Berdaftar tersebut supaya kami dapat memantau dan mengambil tindakan susulan terhadap Ahli Berdaftar tersebut.
Kami akan klasifikasikan Ahli Berdaftar tersebut sebagai Ahli Dipantau di dalam lapuran Pentadbir Portal kami. Jika aduan anda tersebut berasas kami akan pamirkan Ahli Berdaftar berkenaan di Laman Ahli Dicurigai yang mana semua Ahli Premium boleh mengakses halaman ini untuk melihat mana-mana Ahli Berdaftar yang telah pun disenarai sebagai Ahli Dicurigai. Kami juga akan memberi amaran kepada Ahli Berdaftar berkenaan. Kemudian kami akan menamatkan keahliannya apabila kami telah pun mempunyai bukti yang benar-benar jelas menunjukkan beliau telah mengancam keharmonian, keselamatan dan privasi Ahli Berdaftar lain.
Sebaik sahaja anda telah dikategorikan sebagai Ahli Dicurigai, anda akan disekat dengan serta-merta dari aktiviti mesej selama 24 jam. Selepas dari tempoh tersebut anda akan dibenarkan untuk kembali mengakses mana-mana aktiviti seperti biasa. Namun begitu aktiviti anda akan sentiasa dipantau oleh Pentadbir Portal untuk memastikan keharmonian, keselamatan dan privasi Ahli Berdaftar lain. Apabila Pentadbir Portal telah pun benar-benar berpuas hati bahawa segala aktiviti anda tidak akan lagi mengancam keharmonian dan privasi Ahli Berdaffar lain, profil anda kemudiannya akan dikeluarkan dari senarai Ahli Dicurigai tersebut. Oleh itu kami sarankan supaya anda sentiasa memastikan segala aktiviti yang anda lakukan tidak melanggar mana-mana Terma dan Syarat Penggunaan Lestaricinta.My.
Mana-mana Ahli Berdaftar yang melanggar salah satu dari Terma dan Syarat Penggunaan portal Lestaricinta.My akan dikategorikan sebagai Ahli Dicurigai.
Anda telah melanggar mana-mana Terma dan Syarat Penggunaan Portal ini. Sehubungan itu ada telah disekat dari aktiviti mesej selama 24 Jam dan profil anda juga telah pun disenaraikan di dalam kategori Ahli Dicurigai.
Ianya bergantung kepada budi bicara Pentadbir Portal sepenuhnya demi untuk menjaga keselamatan, keharmonian dan privasi ahli-ahli berdaftar lain. Mungkin ianya mengambil masa yang lama sehingga Pentadbir Portal telah pun benar-benar berpuas hati dengan prestasi aktiviti-aktiviti mesej anda sebelum profil anda boleh dikeluarkan dari senarai Ahli Dicurigai.
Anda masih dibenarkan untuk menghantar dan menerima mesej serta lain-lain aktitivi. Namun begitu Ahli Berdaftar lain tidak dibenarkan untuk menjadikan anda sebagai Kenalan Pilihan mereka. Oleh itu anda hendaklah berhati-hati dan memelihara dengan sebaiknya di dalam aktiviti-aktiviti mesej supaya tiada unsur-unsur yang menyalahi Terma dan Syarat Penggunaan Portal ini.
Pastikan anda tidak melanggar mana-mana Terma dan Syarat Penggunaan Portal ini. Pastikan anda tidak menyalur atau meminta Maklumat Kontak dari kenalan selain Calon idaman anda sahaja. Antara lain juga tetapi tidak hanya terhad kepada mesej-mesej yang berunsur penipuan, pemerasan, ugutan, mencarut dan memaki hamun.
Di profil Ahli Berdaftar tersebut ada tanda butang yang tertera perkataaan Dicurigai.
Anda boleh hadiahkan sehingga 3 Kredit Premium kepada mana-mana Ahli Berdaftar di hari ulang tahun kelahirannya atau dalam tempoh 7 hari selepas hari ulang tahun kelahirannnya.
Hanya untuk mana-mana Ahli Premium (Ahli Berdaftar Premium) yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya Insya Allah akan dihadiahkan 3 Kredit Premium oleh Pentadbir Portal. Kredit Premium tersebut akan disalurkan secara automatik ke Ahli Premium berkenaan. Anda boleh menyemak hadiah tersebut di halaman Transaksi Kredit Premium anda.
Ya. Pentadbir Portal Insya Allah akan menyediakan insentif sempena perkahwinan bernilai sehingga RM800 bagi setiap pasangan dan pasangan tersebut mestilah kedua-duanya Ahli Premium yang telah pun melanggan samada Pakej Emas atau Platinum (tempoh langganan 6 bulan atau 1 tahun) sahaja.
Hanya tiga Ahli Premium (Ahli Berdaftar Premium) yang Paling Aktif setiap bulan layak menerima hadiah iaitu 3 Kredit Premium untuk Ahli Premium yang Paling Aktif, 2 Kredit Premium untuk Ahli Premium yang Kedua Aktif dan 1 Kredit Premium untuk Ahli Premium Ketiga Aktif. Kredit Premium tersebut akan disalurkan secara automatik ke pemenang tersebut. Anda boleh menyemak hadiah tersebut di halaman Transaksi Kredit Premium anda.
Hanya tiga Ahli Premium (Ahli Berdaftar Premium) yang Paling Popular setiap bulan layak menerima hadiah iaitu 3 Kredit Premium untuk Ahli Premium yang Paling Popular, 2 Kredit Premium untuk Ahli Premium yang Kedua Popular dan 1 Kredit Premium untuk Ahli Premium Ketiga Popular. Kredit Premium akan disalurkan secara automatik ke pemenang tersebut. Anda boleh menyemak hadiah tersebut di halaman Transaksi Kredit Premium anda.
Kami memohon maaf kerana anda tidak layak menyertai portal ini. Portal ini hanya sebagai platform untuk mereka yang benar-benar serius dan ikhlas untuk mencari calon pasangan hidup mereka yang ideal.
Islam tidak melarang anda untuk berpoligami. Namun begitu keahlian portal ini hanya terbuka kepada mereka yang masih bujang, duda, balu atau yang telah bercerai dengan pasangan hidup mereka.
Untuk menjadi Ahli Berdaftar di Portal Lestaricinta.My anda dikehendaki mematuhi Terma dan Syarat Penggunaannya yang mewajibkan pemohon untuk memuat naik Foto Profil berwarna dan juga Foto Privasi berwarna (jika berkenaan) yang menutup aurat, berpakaian longgar dan sopan.
Ya. Anda boleh tetapkan sendiri mana-mana aktiviti yang anda ingin Lestaricinta.My menghantar emel notifikasi atau sebaliknya di Menu atau halaman Tetapan.
Kami memohon maaf. Samada keahlian premium mahupun keahlian biasa tidak boleh sama sekali dipindahkan keahliannya kepada pihak ketiga.