TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN LESTARICINTA.MY
ANDA TELAH MEMILIH UNTUK MELANGGAN SEBAGAI AHLI BERDAFTAR KEPADA PERKHIDMATAN DALAM TALIAN YANG DISEDIAKAN OLEH SEJAHTERA ONLINE SOLUTIONS SDN. BHD. ATAU LAMAN WEB WWW.LESTARICINTA.MY (SELEPAS INI DIRUJUK SEBAGAI “KAMI”, “LAMAN WEB KAMI”, “LAMAN WEB INI”, “PORTAL KAMI”, “PORTAL INI”) IAITU SEBUAH LAMAN WEB ATAU PORTAL CARI JODOH MUSLIM SECARA ATAS TALIAN. SEMASA PROSES PENDAFTARAN KEAHLIAN, ANDA TELAH DIMINTA UNTUK TIK PADA KOTAK “SETUJU” BAGI MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DAN BERSETUJU TERHADAP TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TERHADAP PORTAL KAMI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN INI, SILA HENTIKAN DENGAN SEGERA LANGGANAN ANDA TERHADAP PERKHIDMATAN PORTAL KAMI INI. DENGAN ANDA MENERUSKAN AKSES DAN MELAYARI LAMAN WEB INI, IA MENCERMINKAN ATAU MENUNJUKKAN ANDA TELAH PUN BERSETUJU UNTUK TERIKAT TERHADAP TERMA DAN SYARAT PENGGUNAANNYA TANPA HAD ATAU PENGECUALIAN.
PERKHIDMATAN CARI JODOH MUSLIM SECARA ATAS TALIAN
Anda boleh memohon untuk mendaftar sebagai Ahli Berdaftar di Laman Web ini tertakluk kepada budi bicara kami sepenuhnya samada untuk menerima atau menolak permohonan keahlian anda tertakluk kepada Terma dan Syarat Penggunaannya.
- Permohonan Keahlian
- Permohonan keahlian Laman Web ini adalah percuma dan terbuka kepada warganegara dari Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia yang beragama Islam dan berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas.
- Proses pendaftaran keahlian Laman Web:
- Anda diperlukan untuk memilih kewarganegaraan anda, mencipta nama pengguna, daftarkan alamat emel dan nombor telefon bimbit anda dan kemudian klik “SAHKAN TEL”.
- Kod verifikasi telefon bimbit anda akan dihantar ke telefon bimbit berdaftar anda dan anda perlu memasukkan kod verifikasi 6 digit tersebut ke dalam petak yang telah disediakan dan kemudian klik “DAFTAR”.
- Notifikasi “DISAHKAN” akan dipamirkan sekiranya anda telah memasukkan kod verifikasi tersebut dengan tepat.
- Kata laluan sementara Laman Web Lestaricinta.My anda akan dihantar ke alamat emel berdaftar anda.
- Untuk meneruskan akses ke Laman Web ini anda perlu memasukkan kembali emel berdaftar anda tersebut serta kata laluan sementara anda yang telah pun dihantar ke emel berdaftar anda tersebut dan kemudian klik “DAFTAR MASUK”.
- Langkah 1 anda dikehendaki menukar kata laluan sementara anda tersebut kepada nombor kata laluan baru yang lebih sekuriti.
- Langkah 2 anda dikehendaki melengkapkan maklumat diri anda dengan benar dan tepat di dalam Surat Akuan.
- Langkah 3 anda dikehendaki memuat naik NRIC atau Lesen Memandu berwarna terkini yang kelihatan terang dan jelas.
- Langkah 4 anda dikehendaki memuatnaik Foto Profil berwarna anda yang Patuh Syariah, kelihatan terang dan jelas serta kelihatan raut wajah minima 30%.
- Langkah 5 anda dikehendaki membaca, memahami dan bersetuju dengan Dasar Privasi Laman Web kami.
- Langkah 6 anda dikehendaki membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web kami.
- Kemudian anda diperlukan terlebih dahulu untuk melengkapkan sekurang-kurangnya sebahagian dari Maklumat Diri Anda iaitu Profil Diri, Profil Personaliti, Kriteria Calon Idaman dan Ujian Personaliti anda. Namun begitu anda disarankan untuk terus melengkapkan kesemua Maklumat Diri Anda yang lain secepat mungkin untuk meningkatkan peratusan Profil Skor anda.
- Kami akan mengambil masa dalam tempoh tetapi tidak terhad kepada empat puluh lapan (48) jam sewaktu hari berkerja (tidak termasuk hari minggu dan cuti umum di Malaysia) untuk memproses dan meluluskan permohonan keahlian anda. Kelulusan dan penolakan terhadap permohonan anda untuk menjadi Ahli Berdaftar di Laman Web kami adalah tertakluk kepada budi bicara pihak kami sepenuhnya.
- Sebelum permohonan keahlian anda diluluskan, anda tidak diizinkan untuk mengakses halaman Carian Pasangan dan juga aktiviti penghantaran Mesej. Namun begitu anda diizinkan untuk mengakses lain-lain halaman.
- Maklumat Profil dan Personaliti Diri Ahli
- Maklumat Profil Diri, Personaliti Diri dan Foto Profil anda yang anda kongsikan di Laman Web ini boleh diakses oleh mana-mana Ahli Berdaftar. Namun begitu maklumat-maklumat sulit yang berikut tidak sama sekali boleh diakses oleh mana-mana Ahli Berdaftar:
- Nama penuh anda
- Nombor dan kad pengenalan anda
- Alamat penuh anda
- Nombor telefon bimbit anda
- Alamat emel anda
- Kami akan memastikan maklumat-maklumat sulit yang tertera di atas tersebut akan terpelihara sebaik mungkin. Namun begitu kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya maklumat-maklumat tersebut diceroboh dan di luar kawalan kebiasaan operasi perniagaan pihak kami yang mungkin maklumat-maklumat sulit tersebut diceroboh oleh penggodam teknologi maklumat yang profesional dan mahir.
- Kandungan maklumat profil diri yang dipamirkan di Laman Web ini adalah dikongsikan secara personal oleh Ahli-Ahli Berdaftar sendiri berdasarkan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia".
- Walaupun kami telah berusaha dan berhati-hati untuk memeriksa ketepatan dan kebenaran maklumat profil Ahli Berdaftar dengan mewajibkan mereka memuat naik kad pengenalan kewarganegaraan dan membuat pengisytiharan maklumat profil peribadi di dalam Surat Akuan yang disediakan semasa proses pendaftaran keahlian Laman Web kami, namun begitu kami tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan ketepatan dan kebenaran maklumat tersebut yang dikongsikan atau dipamirkan oleh mana-mana Ahli Berdaftar di Laman Web kami ini.
- Segala kerugian atau kerosakan yang timbul akibat daripada anda mengakses dan menggunakan Laman Web ini mestilah ditanggung sepenuhnya oleh anda sendiri. Dengan itu anda disarankan untuk menilai sendiri dengan apa jua kaedah terlebih dahulu segala maklumat yang dikongsikan oleh mana-mana Ahli Berdaftar tersebut di Laman Web kami ini sebelum anda membuat sebarang keputusan terlebih dahulu dalam urusan pencarian pasangan hidup anda.
- Profil Skor
Laman Web kami menerapkan konsep Profil Skor ke atas semua kategori maklumat dan apa jua perkara yang perlu dilengkapkan oleh setiap Ahli Berdaftar di dalam Laman Web ini. Ini bertujuan supaya profil Ahli Berdaftar dan maklumat lain yang diperlukan di Laman Web ini dilengkapkan ke tahap semaksima mungkin yang akan mencerminkan samada seseorang Ahli Berdaftar itu serius untuk mencari pasangan hidup atau sebaliknya. Setiap kategori maklumat yang dilengkapkan akan membawa peratusan tertentu. Maklumat kategori yang diambil kira adalah Surat Akuan, Kad Pengenalan Warganegara, Foto Profil, Profil Diri, Profil Personaliti, Kriteria Calon Idaman, Galeri Foto Privasi, Ujian Personaliti, Maklumat Tambahan dan langganan Pakej Ahli Premium.
Oleh itu anda disarankan untuk melengkapkan semua kategori maklumat dan apa jua perkara yang diperlukan di Laman Web ini termasuk melanggan Pakej Ahli Premium supaya status Profil Skor anda mencapai ke tahap seratus peratus (100%). Anda juga disarankan untuk lebih berinteraksi dengan Ahli-Ahli yang telah mencapai status Profil Skor 100% kerana mereka ini adalah Ahli-Ahli Berdaftar yang amat serius untuk mencari pasangan hidup mereka. - Kategori Keahian
setelah permohoan keahlian anda diluluskan, anda akan diterima sebagai Ahli Berdaftar di Laman Web kami ini. Ahli Berdaftar ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Ahli Berdaftar Biasa ("Ahli Biasa") dan Ahli Berdaftar Premium ("Ahli Premium").
- Ahli Biasa
- Ahli Biasa dirujuk kepada Ahli Berdaftar yang masih belum melanggan mana-mana Pakej Keahlian Premium.
- Ahli Biasa dibenarkan untuk mengakses carian pasangan tanpa had.
- Ahli Biasa dibenarkan untuk aktiviti mesej secara percuma tertakluk kepada limit harian hanya kepada semua Ahli Biasa.
- Ahli Premium
- Ahli Premium dirujuk kepada Ahli Berdaftar yang telah melanggan Pakej Keahlian Premium.
- Ahli Premium dibenarkan untuk mengakses carian pasangan tanpa had.
- Ahli Premium dibenarkan untuk aktiviti mesej tanpa had hanya kepada semua Ahli Premium.
- Kategori Kenalan
Kami mengklasifikasikan Ahli Berdaftar kepada tiga (3) kategori kenalan di dalam Laman Web kami ini.
- Kenalan Biasa
Kategori Kenalan Biasa merujuk kepada Ahli Berdaftar lain yang masih belum dijadikan Kenalan Pilihan oleh anda di dalam profil keahlian anda. - Kenalan Pilihan
Kategori Kenalan Pilihan merujuk kepada Ahli Berdaftar tertentu yang telah dijadikan Kenalan Pilihan oleh anda di dalam profil keahlian anda. Untuk menjadikan Ahli Berdaftar tertentu sebagai Kenalan Pilihan anda, anda perlu klik pada ikon berbentuk bintang di profil mana-mana Ahli Berdaftar yang anda suka. - Calon Idaman
Kategori Calon Idaman merujuk kepada Ahli Berdaftar tertentu kesukaan anda yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tetapi tidak terhad kepada sepertimana berikut:
- Anda telah menjadikan Ahli Berdaftar tersebut sebagai Kenalan Pilihan anda selama enam puluh (60) hari atau lebih.
- Anda telah menghantar kepada Kenalan Pilihan tersebut sekurang-kurangnya seratus (100) kali mesej dan juga anda telah menerima sekurang-kurangnya seratus (100) kali mesej dari Kenalan Pilihan tersebut.
Anda hanya dibenarkan untuk menyalur atau meminta apa-apa Maklumat Kontak dari Laman Web ini (seperti tetapi tidak terhad kepada nombor telefon, alamat emel, alamat rumah, akaun facebook, akaun instagram, akaun twitter, messenger dan sebagainya) kepada atau daripada mana-mana Ahli Berdaftar yang hanya telah berstatus Calon Idaman di dalam profil keahlian anda. Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk menyalur atau meminta apa-apa kaedah komunikasi di luar dari Laman Web ini (seperti tetapi tidak terhad kepada nombor telefon, alamat emel, alamat rumah, akaun facebook, akaun instagram, akaun twitter, messenger dan sebagainya) kepada atau daripada mana-mana Ahli Berdaftar yang statusnya masih belum Calon Idaman di dalam profil keahlian anda.
- Kredit Premium
Satu (1) Kredit Premium diperlukan untuk menghantar mesej kepada setiap Ahli Berdaftar di dalam situasi atau keadaan seperti berikut:
- Ahli Biasa
Ahli Biasa memerlukan satu (1) Kredit Premium untuk menghantar mesej kepada setiap Ahli Berdaftar (samada Ahli Biasa atau Ahli Premium). - Ahli Premium
Ahli Premium memerlukan satu (1) Kredit Premium untuk menghantar mesej hanya kepada setiap Ahli Biasa. Ahli Premium tidak memerlukan Kredit Premium untuk menghantar mesej kepada semua Ahli Premium yang lain. Ahli Premium dibenarkan untuk menghantar mesej tanpa had kepada semua Ahli Premium yang lain.
- Langganan Keahlian Premium
- Kami menawarkan tiga (3) Pakej Keahlian Premium kepada Ahli Berdaftar Laman Web kami sepertimana dijelaskan di bawah:
- Pakej Perak
Ahli Premium yang melanggan Pakej Perak dibenarkan untuk menghantar mesej tanpa had selama tiga (3) bulan dari tarikh langganan tersebut hanya kepada semua Ahli Premium yang lain. Penghantaran mesej kepada setiap Ahli Biasa memerlukan satu (1) Kredit Premium untuk tempoh sebulan. Selepas tempoh langganan 3 bulan tersebut telah luput dan sekiranya Ahli Berdaftar tersebut masih belum memperbaharui langganan mana-mana Pakej Keahlian Premium, Ahli Berdaftar tersebut akan dikategorikan kembali sebagai Ahli Biasa. - Pakej Emas
Ahli Premium yang melanggan Pakej Emas dibenarkan untuk menghantar mesej tanpa had selama enam (6) bulan dari tarikh langganan tersebut hanya kepada semua Ahli Premium yang lain. Penghantaran mesej kepada setiap Ahli Biasa memerlukan satu (1) Kredit Premium untuk tempoh sebulan. Selepas tempoh langganan 6 bulan tersebut telah luput dan sekiranya Ahli Berdaftar tersebut masih belum memperbaharui langganan mana-mana Pakej Keahlian Premium, Ahli Berdaftar tersebut akan dikategorikan kembali sebagai Ahli Biasa. - Pakej Platinum
Ahli Premium yang melanggan Pakej Platinum dibenarkan untuk menghantar mesej tanpa had selama satu tahun (12 bulan) dari tarikh langganan tersebut hanya kepada semua Ahli Premium yang lain. Penghantaran mesej kepada setiap Ahli Biasa memerlukan satu (1) kredit Premium untuk tempoh sebulan. Selepas tempoh langganan 12 bulan tersebut telah luput dan sekiranya Ahli Berdaftar tersebut masih belum memperbaharui langganan mana-mana Pakej Keahlian Premium, Ahli Berdaftar tersebut akan dikategorikan kembali sebagai Ahli Biasa.
- Pembaharuan ke atas Pakej Premium adalah secara manual. Ini bermaksud anda hendaklah membuat keputusan sendiri samada untuk meneruskan memperbaharui langganan keahlian premium anda atau sebaliknya apabila keahlian premium anda telah luput.
- Kami pada bila-bila masa berhak untuk meminda harga Pakej Premium tersebut tanpa memaklumkannya kepada anda terlebih dahulu. Jika berlaku perlanggaran ke atas mana-mana Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web oleh anda, keahlian anda akan ditamatkan dan yuran keahlian premium anda jika ada tidak akan dikembalikan.
- Polisi tiada bayaran balik yuran keahlian. Kecuali jika disyaratkan sebaliknya oleh undang-undang berkaitan yang terpakai, anda bersetuju bahawa pembayaran yuran keahlian terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan, termasuk pembayaran melalui kad kredit anda, tidak akan dikembalikan melainkan dalam situasi di mana kami jika ada telah melanggar Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web ini dan dalam hal sebegini anda mungkin berhak mendapat pengembalian sebahagian daripada yuran keahlian yang masih belum luput.
- Aktiviti Penghantran Mesej
Sepertimana yang telah dijelaskan di atas bahawa Ahli Premium boleh menghantar mesej tanpa had hanya kepada semua Ahli Premium yang lain tetapi Ahli Premium memerlukan satu (1) Kredit Premium untuk menghantar mesej kepada setiap Ahli Biasa untuk tempoh sebulan. Manakala Ahli Biasa memerlukan satu (1) Kredit Premium untuk menghantar mesej kepada setiap Ahli Berdaftar (samada Ahli Biasa atau Premium) untuk tempoh sebulan.
Penghantaran masej anda kepada mana-mana Ahli Berdaftar adalah tertakluk tetapi tidak terhad kepada syarat-syarat berikut:
- Anda tidak dibenarkan sama sekali menyalur atau meminta atau memaksa untuk memperolehi Maklumat Kontak di luar dari Laman Web ini (seperti tetapi tidak terhad kepada nombor telefon, alamat emel, alamat rumah, akaun facebook, akaun instagram,akaun twitter, messenger dan sebagainya) kepada atau daripada mana-mana Ahli Berdaftar yang statusnya masih belum Calon Idaman di dalam profil keahlian anda. Sila rujuk Fasa 7 (c) di atas.
- Anda tidak dibenarkan sama sekali menghantar pesanan mesej yang berbentuk perkauman, lucah atau seks, maki hamun, kata-kata kesat, meremehkan personaliti diri orang lain, mempromosi produk atau servis dan lain-lain bentuk penghantaran mesej yang ditegah oleh syariat Islam.
- Anda boleh menyekat mana-mana Ahli Berdaftar yang anda tidak menyukainya.
- Anda disarankan untuk membuat aduan secepat mungkin kepada kami sekiranya anda merasai atau mencurigai mana-mana Ahli Berdaftar yang cuba hendak menipu, mengganggu, memeras ugut, menggunakan kata-kata kesat atau lucah yang boleh mengancam ketenteraman dan privasi anda di dalam Laman Web ini.
- Pendedahan Maklumat Profil Ahli Berdaftar
- Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk mendedahkan maklumat profil mana-mana Ahli Berdaftar kepada pihak ketiga (termasuk ahli keluarga anda) samada melalui tetapi tidak terhad kepada lisan, telefon, emel, facebook, instagram, twitter, whatsapp, messenger, cetakan computer dan apa-apa bentuk pendedahan.
- Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk memuat turun kandungan di dalam Laman Web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat profil peribadi, foto profil, foto privasi dan aktiviti mesej mana-mana Ahli Berdaftar.
- Polisi Caj Balik Kad Kredit
- Kami akan selalu memelihara dan melindungi perniagaan kami dan pemproses kredit kad, bank serta institusi lain yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengannya daripada transaksi Caj Balik kad kredit yang palsu.
- Caj Balik kad kredit berlaku apabila pemegang kad kredit mempertikaikan transaksi bayaran yang telah dibuat terhadap perkhidmatan atau produk yang telah dibeli dengan pemproses kad kredit, bank atau institusi lain dan Caj Balik tersebut terpaksa ditanggung kembali oleh pemilik perniagaan.
- Transaksi Caj balik adalah suatu penipuan jika pemegang kad kredit tersebut mempertikaikan bayaran yang sah melalui kredit kad mereka terhadap perkhidmatan yang dibeli secara personal olehnya.
- Anda memahami dan bersetuju bahawa sekiranya anda membuat tuntutan Caj Balik kad kredit yang palsu, kami akan bekerjasama dengan pemproses kad kredit, bank atau institusi lain dan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang untuk menyiasat masalah tersebut. Bantuan kami mungkin termasuk memberikan perincian mengenai maklumat profil Ahli Berdaftar berkenaan, pengesahan kad kredit beliau dan komunikasi dengan atau yang berkaitan dengan perkhidmatan kami atau pengguna atau ahli lain.
- Anda memahami dan mengakui bahawa anda boleh diadili atas kegiatan tersebut dan kami berhak untuk menuntut kembali apa-apa yuran dan kos yang akan kami tanggung dalam menanggapi transaksi Caj Balik yang telah dituntut secara palsu.
- Kerahsian Kata Laluan dan Akses
- Anda hendaklah memastikan setiap masa kata laluan anda yang digunakan untuk mengakses ke Laman Web ini disimpan dengan selamat tanpa mendedahkannya kepada pihak ketiga.
- Kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerugian atau kehilangan yang ditanggung oleh anda di atas kecuaian mendedahkan kata laluan tersebut kepada pihak ketiga.
- Anda pada bila-bila masa sahaja boleh menukar kata laluan baru yang lebih sekuriti.
- Penggantungan atau Penamatan Keahlian
- Kami berhak pada bila-bila masa untuk menggantung atau menamatkan keahlian berdaftar anda tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda sekiranya ada mana-mana Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web ini tidak dipatuhi atau dilanggar oleh anda dan yuran keahlian premium anda (jika ada dan masih belum luput) tidak akan dikembalikan.
- Sebaliknya anda juga berhak dan boleh pada bila-bila masa untuk menamatkan keahlian anda di dalam Laman Web ini. Namun begitu, yuran keahlian premium anda (jika ada dan belum luput) tidak akan dikembalikan.
PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN
- Pautan dari atau ke laman web di luar Portal Lestaricinta.My adalah bagi tujuan kemudahan sahaja. Laman-laman web yang dipaut tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu tidak berada di bawah kawalan kami.
- Kami tidak bertanggungjawab dan tidak membuat waranti terhadap kandungan laman-laman web tersebut, pihak-pihak ketiga yang dinamakan di dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka.
- pautan yang disediakan dalam Portal Lestaricinta.My ini tidak boleh dianggap sebagai suatu pengesyoran atau jaminan atau sokongan atau pengesahan atau kelulusan terhadap laman-laman web yang dipaut atau kandungan di dalamnya.
- Pautan ke laman-laman web lain adalah atas risiko anda sendiri dan anda disarankan untuk membaca pernyataan dasar privasi serta terma dan syarat penggunaannya yang dipamirkan (jika ada) di dalam laman-laman web yang dipaut ke Laman Web Lestaricinta.My ini.
KANDUNGAN DAN BAHAN
Melainkan dinyatakan sebaliknya, hak cipta dan kandungannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail animasi, fail video dan susunannya adalah kepunyaan kami dan dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia dan antarabangsa yang berkenaan. Tiada mana-mana bahagian daripadanya termasuk tetapi tidak terhad kepada, boleh diubah, ditiru, diedar, dihantar semula, disiarkan,diterbitkan, dijual, dilesenkan atau diuruskan secara komersial dalam apa-apa jua cara tanpa mendapatkan kebenaran nyata secara bertulis terlebih dahulu daripada kami.
WARANTI & LIABILITI
- Kandungan maklumat setiap profil Ahli Berdaftar adalah disalurkan sendiri oleh mereka yang telah berdaftar di Laman Web Lestaricinta.My.
- Penggunaan dan kandungan maklumat yang didedahkan di Laman Web ini berdasarkan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia".
- Walaupun kami telah berusaha dan berhati-hati untuk memeriksa ketepatan dan kebenaran maklumat profil pengguna berdaftar dengan mewajibkan mereka memuat naik kad pengenalan kewarganegaraan dan membuat akuan pengisytiharan maklumat profil peribadi di dalam Surat Akuan yang disediakan semasa proses pendaftaran keahlian Laman Web kami, namun begitu kami tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan ketepatan dan kebenaran maklumat tersebut yang dikongsikan atau didedahkan oleh ahli-ahli berdaftar tersebut di dalam Laman Web Lestaricinta.My ini.
- Oleh kerana sifat Internet yang tidak selalunya dalam keadaan stabil, maklumat transaksi yang anda kemaskini mungkin mengalami gangguan, pemadaman penghantaran mesej, penghantaran mesej tertunda dan penghantaran mesej yang salah. Sehubungan dengan itu kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan fungsi komunikasi sama ada di bawah kawalannya atau sebaliknya yang boleh mempengaruhi ketepatan atau kehilangan mesej dan maklumat transaksi yang anda hantar.
- Anda dengan ini bersetuju secara muktamad untuk bertanggungjawab dan menanggung segala kerugian daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin ditanggung oleh kami berkaitan yang timbul tetapi tidak terhad kepada:
- Penyalahgunaan oleh anda terhadap perkhidmatan yang disediakan di Laman Web ini.
- Perlanggaran Terma dan Syarat Penggunaan oleh anda atas apa-apa sebab sekalipun.
- Mana-mana tuntutan perlanggaran hak harta intelek atau hak milik yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap kami berkaitan penggunaan laman Web Lestaricinta.My oleh anda.
- Tindakan penipuan yang dilakukan oleh anda atas apa-apa sebab.
UMUM
- Kami berhak pada bila-bila masa untuk menghapus, meminda atau mengubah aspek atau ciri-ciri atau kandungan Laman web ini, atau meminda Terma dan Syarat Penggunaannya dengan mengenakan syarat yang baru, termasuk tetapi tidak terhad kepada menambahkan atau mengurangkan yuran dan caj untuk penggunaannya. Penghapusan, pindaan, pengubahsuaian, penambahan atau pengurangan tersebut akan berkuat-kuasa serta-merta tanpa memerlukan pemberian notis kepada anda terlebih dahulu. Kami menasihatkan agar anda sentiasa memeriksa laman web kami mengenai Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web ini secara berkala.
- Dengan penggunaan Laman Web ini secara berterusan selepas tarikh perubahan ini dibuat, anda dianggap telah bersetuju dengan perubahan tersebut.
- Sekiranya anda tidak bersetuju dengan perubahan yang dibuat tersebut, anda tidak dibenarkan lagi mengakses dan menggunakan Laman Web ini selepas dari tarikh perubahan tersebut.
LAIN-LAIN
- Sekiranya mana-mana peruntukan Terma dan Syarat Penggunaan ini didapati tidak sah oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa, ianya akan menjadi tidak efektif hanya setakat kepada peruntukan yang tidak sah atau yang dilarang tersebut sahaja dan peruntukan yang selebihnya tidak akan terjejas.
- Kegagalan oleh mana-mana pihak untuk menggunakan hak atau penambahbaikan di bawah syarat-syarat ini tidak merupakan pengabaian hak atau penambahbaikan tersebut.
UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA
- Terma dan Syarat Penggunaan ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang kerajaan Malaysia.
- Dengan melanggan perkhidmatan kami di laman web Lestaricinta.My, anda dengan ini bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur dalam semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan kepada akses dan penggunaan laman web Lestaricinta.My oleh anda.
SOALAN DAN MAKLUM BALAS
Sekiranya anda juga mempunyai pertanyaan atau maklum balas mengenai Terma dan Syarat Penggunaan Laman Web ini, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui emel "support@lestaricinta.my".
Kuala Lumpur, Malaysia.
Bertarikh: 15 Oct 2021
Tarikh kemaskini terakhir: 15 Oct 2021